
Shariza
6 tahun
Sayasudah berhenti ambil suntikan perancang, namun sudah 2 bulan tidak datang period
Assalamualaikum… Saya berhenti ambil suntikann Ogos 2017… Dan tidak lagi mengambil apa2 perancang keluarga… Selepas itu period memang ada, tapi tidak teratur… Sekarang dah dekat 2 bulan saya x datang period… Sejak Ogos 2017 hinnga ke hari ni memang tak bersama suami… Kenapa ya doktor?

6 tahun
Salam sejahtera.
Suntikan hormon merupakan kaedah yang sesuai bagi wanita yang inginkan pencegah kehamilan untuk jangka panjang tetapi tidak perlu mengambil pil perancang setiap hari. Sebahagian kecil dari wanita yang mengambil suntikan hormon ini akan mengalami kesan sampingan seperti kitaran haid yang tidak teratur (perdarahan yang berlebihan atau tiada perdarahan), berat badan yang bertambah, sakit kepala, loya atau muntah, perut kembung, senggugut dan masalah emosi. Biasanya, kesan-kesan sampingan ini berlaku pada permulaan pengambilan suntikan dan akan pulih dalam masa 3 bulan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami kesan sampingan suntikan hormon, iaitu tiada perdarahan haid atau kitaran haid yang tidak teratur. Haid anda biasanya akan kembali kepada normal dalam masa beberapa bulan selepas suntikan hormon. Kesuburan anda akan kembali dalam masa 6 hingga 12 bulan selepas suntikan terakhir. Hal ini demikian kerana badan anda mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada paras hormon yang berlainan di dalam badan anda.
Namun demikian, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh punca-punca lain seperti hamil, PCOS, masalah kelenjar tiroid, tekanan emosi dan sebagainya. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca masalah anda. Jika anda ingin mencegah kehamilan dan mendapati bahawa suntikan hormon adalah kurang sesuai untuk anda, sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang kaedah lain seperti pil perancang atau IUCD.