
norshaihida
5 tahun
Sayur/Buah buahan yang terbaik bagi penghidap demam campak/chicken pox
saya berusia 26 tahun dan baru sahaja mengalami demam campak.soalan saya,apakah jenis buah buahan/sayur sayuran yang terbaik bagi pengidap demam campak?Mungking jenis buah buahan/sayur sayuran tersebut juga dapat membantu dalam proses menghilang kan parut kesan dari demam campak tersebut.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
awapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, biasanya buah-buahan dan sayuran menjadi makanan pilihan untuk mengurangkan parut kerana ia kaya dengan vitamin. Tips disini adalah untuk mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, C, dan E. Vitamin ini dipercayai dapat membantu dalam perbaikan dan pertumbuhan sel. Disamping itu, untuk minuman adalah dinasihatkan untuk memilih susu rendah lemak dibandingkan susu biasa. Tambahan pula, perbanyakkan makanan tinggi protein untuk membantu pertumbuhan kulit yang lancar.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih