
izzkf10
5 tahun
Sbb emosi ke atau sbb lain
Saya wanita umur dlm 25tahun sejak akhir2 ni saya skit pinggn and pada bahagian puting payudara saya ade mcm jerawat and kemaring ade setitik dua darah yg keluar dari rahim ape punca dia adakah faktor emosi sbb saya byk projek nk kena settle akhir2 ni just nk kepastian supaya ati sya lebih tenang
Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- premenstrual syndrome (PMS) yaitu akibat perubahan paras hormon tubuh
- depression
- premenstrual dysphoric disorder (PMDD) mirip PMS tetapi lebih berat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.