
Anonymous
5 tahun
Scabies pada kanak kanak
Anak saya 4thn dijangkiti kuman scabies pada isnin yang lalu dan diberikan ubat sapu benzyl oleh klinik kesihatan,kerana tidak tahan dengan kesan reaksi ubat tersebut saya telah bertukar kepada A scabs (yg dijual di pharmacy) bolehkah anak saya menggunakan AScabs tersebut lebih daripada satu kali penggunaan kerana saya dapati ‘bumps’ semakin banyak kelihatan terutamanya dibelakang badan dan sangat gatal. Terima kasih Dr

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Penggunaan terlalu banyak A-SCABS mungkin mmengakibatkan pertambahan kerengsaan dan erythema
kulit kemerahan).
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.