noraziemah21
4 tahun
Scan imbasan tidak tepat
saya wanita berusia 27 tahun. saya tidak ada apa apa penyakit yang serius. cuma saya ingin sekadar bertanya. baru baru ini saya tidak datang haid selama 7 hari. dan saya ada membuat ujian air kencing dengan menggunakan HCG. dan ujian tersebut menandakan double line yang pekat. saya membuat ujian tersebut sebanyak dua kali. dan hasilnya masih positif. saya terus ke klinik berdekatan ingin tahu adakah betul saya pregnant dan ingin tahu berapa minggu. saya membuat imbasan scan. dan dr memberi tahu saya sudah 5 minggu pregnant. tetapi saya agak hairan imbasan scan tersebut menunjukan due date saya pada bulan 12. 31.12.2019. adakah scan tersebut tidak betul atau saya scan terlalu awal? saya takut akan ada simptom lain. tetapi dr klinik itu mengatakan saya prgenant dan imbasan tersebut menampakkan kantung saya. saya agak mushkil. apakah pandangan dr?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Imbasan Ultrasound untuk mengetahui tarikh lahir kandungan adalah tepat. Namun begitu, keputusan imbasan tersebut juga harus dibandingkan dengan tarikh hari pertama kitaran haid terakhir semasa menentukan tarikh lahir kandungan. Oleh itu, puan boleh merujuk balik doktor anda untuk keterangan lanjut.
Untuk mengetahui masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.