
Sulit
4 tahun
Scaphoid fracture selepas menjalani pembedahan akibat kemalangan di jalan raya
Saya baru lepas menjalani pembedahan scaphoid fracture. Apa recommend supplement yang bagus untuk saya makan especially supplement yang halal sebab di farmasi, byk product supplemnt for calcium dibuat daripada bovine. Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Untuk makluman anda, Bovine Gelatin tidak semestinya dihasilkan menggunakan dna khinzir, kerana para saintis telah berjaya menghasilkan bahan kimia yang sama menggunakan zat-zat ikan atau lembu.
Saran saya adalah, anda boleh menggunakan produk-produk tersebut sekiranya terdapat pengiktirafan dari KKM & JAKIM mahupun badan-badan yang boleh dipertanggungjawabkan.
Inginkan suplemen bagi menguatkan tulang dan sendi. Klik disini!
Sekiranya anda masih was-was dengan produk di farnasi, terdapat banyak suplemen semula jadi (unutk kesihatan tulang) yang boleh diamalkan, seperti:
- Ikan tinggi kandungan lemak (i.e. tuna, kembong & salmon)
- Produk tenusu (i.e. susu lembu, keju, dll.)
- Hati daging lembu
- Kobis & brokoli
- Produk tinggi kandungan vitamin D (i.e. jus oren, susu soya, birin & kacang)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.