
Sulit
4 tahun
Sebab apakah jerawat tumbuh bila tidur lewat?
Salam doc, saya wanita berumur 28 tahun.saya nak tanya, kenapakah tiap kali saya tidur lewat melebihi jam 12 malam. Pasti muka saya akan naik jerawat batu yang besar keesokan harinya. Jerawat tumbuh sekitar rahang, hidung dan dagu. Jerawat ni sangat sakit, sebab dia tumbuh tersangat dalam dibawah kulit. Saya juga menyusukan anak, jadi kadang tak cukup tidur pada wantu malam. Ada ke rawatan yang sesuai tanpa menjejaskan kualiti susu dan pengeluaran susu untuk anak saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang jerawat.
Untuk makluman anda, Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- kitaran tidur yang terganggu
- dan lain-lain
Sekiranya masalah jerawat yang anda alami telah mengganggu aktiviti harian anda, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik sekaligus mendapatkan rawatan. Saya tidak boleh mengesyorkan mana mana produk tanpa pemeriksaan fizikal terlebih dahulu.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!