
iffakamalludin19
5 tahun
Sebab period awal dari due date
Salam, saya sudah berkahwin Dan berusaha utk menimang cahaya mata, selama ini period saya amat teratur Dan kadang2 period dtg seawal 1 hari atau lewat 1 hari dari Tarikh yg sepatutnya. Cuma pada kali ini period saya dtg seawal 5 hari sebelum Tarikh yg sepatutnya. Adakah ianya normal? Boleh berikan sebab kenapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Haid dapat dikatakan tidak normal apabila berlangsung lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Haid awal dipengaruhi oleh hormon anda. Paras hormon dipengaruhi oleh gaya hidup, tekanan, berat badan, gaya hidup aktif, dan sebagainya.
Darah berketul itu adalah darah beku dan itu adalah sesuatu yang normal.
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjutan seperti scan dan pemeriksaan darah. Tambahan pula, seandainya mahu mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.