Thivya

6 tahun

Sebab Sakit Kepala

Doktor. Bahaya ke saya hari2 makan ubat tahan sakit? sebab saya kerap sakit kepala ni

Dr Ilias,

6 tahun

Hai, Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.

Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.

Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.

Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala

Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.

Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC). Antaranya ialah paracetamol dan NSAIDs.

Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sakit kepala yang kerap sering menyebabkan rutin harian terganggu dan boleh menjadi sangat sakit. Ubat tahan sakit kebiasaannya melegakan masalah ini.

Namun begitu, pengambilan ubat tahan sakit setiap hari boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini. Akan tetapi, ia bergantung pada jenis ubat tahan sakit. Terdapat tiga jenis ubat tahan sakit iaitu paracetamol yang boleh didapati di kaunter, Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDS) seperti ibuprofen dan opioid seperti tramadol. Terdapat juga ubat yang merupakan gabungan jenis-jenis ini.

Secara idealnya, ubat tahan sakit perlu diambil dalam jangka masa yang paling minimum dan dos yang rendah. Jika ubat-ubatan ini diambil berterusan untuk masa yang lama, ia boleh menyebabkan ‘tolerance’ di mana dos yang diberikan tidak lagi melegakan rasa sakit. Dos perlu dinaikkan menyebabkan pengguna bergantung kepadanya setiap hari. Oleh itu, saya sarankan agar anda berjumpa doktor untuk rawatan yang betul dan perubahan rutin harian yang lebih baik untuk mengelakkan episod sakit kepala.

Selamat pagi. Terima kasih atas persoalan anda.

Untuk menjawab soalan anda, mengambil ubat tahan sakit dengan kerap boleh menyebabkan masalah pada organ hati. Oleh itu, ia adalah wajar anda merawat sebab sakit kepala anda. Terdapat banyak jenis sakit kepala. Adalah penting untuk mengenal pasti jenis sakit kepala yang anda alami.

Pertama terdapat sakit kepala yang disebabkan oleh ketengangan ataupun stres, ini adalah jenis yang paling biasa di kalangan orang dewasa dan remaja. Jenis sakit kepala ini boleh menyebabkan sakit ringan dan sederhana. Ia datang dan pergi dari masa ke masa. Mereka biasanya tidak mempunyai gejala lain. Anda boleh merawat jenis sakit kepala ini dengan ubat NSAIDs seperti aspirin.

Kedua, migrain juga boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai berdebar, sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom yang lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Adalah penting untuk mengelakkan pencetus yang boleh menyebabkan migrain.

Selain itu, terdapat juga sakit kepala kluster yang merupakan jenis sakit kepala yang paling teruk. Ia menyebabkan sakit kepala yang teruk, sakit yang menusuk di bahagian belakang atau sekitar satu mata. Ia biasanya berdenyut dan rasa sakit boleh menjadi sangat buruk sehingga kebanyakan orang dengan sakit kepala kluster tidak boleh duduk diam. Oleh itu adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor dan mengetahui mengenai keadaan anda supaya anda dapat merawat keadaan anda dengan berkesan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)