tongen2004
5 tahun
Sebelum ini saya mengalami demam (37 degree celsius), sakit tekak dan flu tetapi sekarang saya sudah sembuh. Hanya batuk saya sahaja belum sembuh lagi, kahak saya berwarna putih. Adakah batuk berkahak ini salah satu symptoms corona virus?
Saya seorang budak perempuan yang berumur 16 tahun, kini saya mengalami batuk yang berkahak yang berwarna putih. Adakah ini symptom corona virus?
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Namun sekiranya tiada kontak rapat, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala demam dan sakit tekak ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Allergic Rhintis
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































