
Sulit
4 tahun
Sebulan datang haid dan sebulan tidak datang dan berterusan sehingga kini
Saya remaja berumur 15 tahun, saya mengalami period yang sangat tidak teratur. Sebulan datang dan sebulan tidak dan berterusan sehingga kini. Bermula sejak awal tahun 2020. Apakah punca dan jalan penyelesaian?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah haid yang datang selepas sebulan tidak haid dan kemudiannya sebulan datang haid boleh dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada vagina, serviks, rahim ataupun lubang faraj.
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infecitons )
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Keradangan rahim akibat jangkitan
- Penggunaan pil perancang
- Kanser rahim, serviks, atau ovari.
- Keguguran jika anda hamil atau telah bersama pada masa yang terdekat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Haid tidak teratur ini merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengah golongan wanita yang sihat, sekurang-kurang nya sekali dalam seumur hidup mereka. Haid yang berbau ini mungkin ditafsirkan sebagai darah yang mempunyai jangkitan kuman, ataupun sebagai darah haid yang telah lama terkumpul dalam rahim.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan anda yang berdekatan bagi mengetahui punca masalah dengan melakukan ujian kesihatan dan siasatan yang berkaitan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.