
misses.azza69
5 tahun
Sedu berterusan selepas menjalani rawatan RF
Suami saya baru saja menjalani rawatan RF utk penyakit bkaitan constocondritis yg melibatkan saraf d bahagian ulu hati membawa ke rusuk kanan. Rawatan itu berjaya menghilangkan sakit yg d alaminya selama hampir 4 bulan. Bgaimanapun, sebaik sahaja selepas rawatan, iaitu dlm tempoh 16 jam kemudian, suami saya mula sedu berterusan mulai jumaat, selepas discharge iaitu 9hb hingga sekarang. Apa perlu kami lakukan. Perlukah kami berjumpa dgn doktor semula?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan puan, gejala sedu yang suami puan alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kerosakan saraf atau kerengsaan saraf
- Penyebab sedu jangka panjang adalah kerosakan kepada atau kerengsaan saraf vagus atau saraf frenik, yang berfungsi mengawal otot diafragma - contohnya semasa pembedahan dilakukan
- Kesan ubat bius
- Kesan kencing manis
- Ketidakseimbangan elektrolit
- Penyakit buah pinggang
- Kesan ubat steroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.