
Sulit
3 tahun
Sejak akhir-akhir ini saya telah mengalami simptom sakit tekak. Tekak saya amat perit sekali Apabila hendak menelan air liur
Doktor apakah faktor boleh menyebabkan seseorang sakit tekak dan boleh kah yg mengalami gejala tersebut ambil solution secara neutral ambil Minuman bersumberkan tumbuh-tumbuhan dan bukan mengambil ubat di Klinik atau farmasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah sakit tekak dan perit ketika menelan air liur yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Berkenaan dengan rawatan selain ubat klinik atau farmasi, kami tidak galakkan kerana tidak mengetahui punca sakit tekak anda serta tidak mengetahui adakah kandungan rawatan tersebut boleh memudaratkan masalah anda.
Bagi mengenal pasti punca sebenar sakit tekak anda dengan tepat, disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.