Sulit
5 tahun
Sejarah kontak dengan pesakit positif convid-19
Hi doktor, saya pernah berjumpa dengan seseorang yang baru sahaja disahkan positif convid - 19. Kami berjumpa pada 7 mac 2020 dan dia disahkan positif pada 30hb mac 2020. Jadi perlukah saya membuat saringan convid ini walau saya tidak ada apa apa simptom dan pesakit juga tidak memgalami apa2 gejala sebelum disahkan positif. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana ia telah melebihi 14 hari dan anda tiada simptom, anda berkemungkinan tidak dijangkiti virus ini. Untuk makluman anda, setiap orang akan menunjukkan tindak balas yang berlainan terhadap virus ini. Saya tidak dapat memberi kata putus bahawa 100% anda tidak ada virus ini. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































