Sulit
6 tahun
Sekadar pertanyan
Helo, sebenarnya saya tidak pasti sama ada saya memiliki parasite ataupun tidak tapi sekadar ingin menjaga kesihatan… apakah sesuai untuk saya ? Dan apakah Vermigone melawan parasit di seluruh tubuh atau dalam perut usus sahaja. Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat anti-parasit memerlukan pengesahan doktor akan kewujudan parasit atau cacing dalam badan. Setiap ubat mempunyai risikonya sendiri. Untuk makluman anda, vermigone adalah campuran herba dan ia bukanlah ubat berdaftar(hanya suplemen berdaftar). Vermigone adalah suplemen atau ubat herba yang tidak digunakan di klinik atau hospital. Jika anda dijangkiti parasit, anda boleh terus berjumpa doktor dan doktor akan rawat anda sewajarnya. Sekian.





































