
Sulit
4 tahun
Sekali keguguran dan 4 kali menggugurkan
Hi doktor terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan menjawab soalan saya. Saya hargainya. Saya seorang wanita berusia 25 tahun dan baru berkahwin 7 bulan. Saya cuba untuk mengandung tapi saya tidak berjaya untuk masa sekarang.
Sejarah ringkas saya pernah keguguran sekali pada 2014 (natural causes) , dan menggugurkan kandungan di klinik swasta secara d&g sebanyak 3 kali sekitar tahun 2015 - 2019.
Adakah sejarah keguguran saya memberi impam terhadap rahim? Adakah saya patut berjumpa dengan doktor dan menceritakan sejarah keguguran demi mendapatkan nasihan dan rawatan dalam cubaan untuk mengandung lagi?
Terima kasih doktor. Saya berharap soalan saya dijawab.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan kemandulan atau membawa buruk kepada kesuburan.
Antara punca ketidaksuburan bagi wanita:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Masalah ketidaksuburan selepas melakukan prosedur D&C adalah sangat jarang untuk berlaku. Namun perkara tersebut tidak mustahil. Pertumbuhan parut dalam rahim akibat D&C boleh berlaku selepas keguguran ataupun selepas melahirkan kandungan. Ia boleh menyebabkan kesakitan sewaktu haid, keguguran pada kandungan yang akan datang dan boleh menyebab ketidaksuburan. Namun perkara ini hanya keterangan am, anda perlu berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal anda. Maklumat tentang sejarah keguguran anda adalah penting untuk doktor melakukan kesimpulan dan pemeriksaan nanti.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.