Sulit
4 tahun
Sekeluarga positive covd
Salam sejahtera doc…1 family sy positive covid,blh ke kami kongsi bilik air yg sama? Sbb rumah ade 1 bilik air shj.kalau sy kongsi makanan dgn anak saya x de masalah ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh kongsikan bilik air yang sama, cuma memastikan kebersihannya serta kebersihan sendiri selepas guna. Selain itu, anda juga boleh berkongsi makanan, ia tidak akan menyebabkan kesan lain.
Sila mengikuti SOP di rumah walaupun sekeluarga sudah positif, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan menjarakkan sendiri untuk menelakkan penularan virus.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































