
hidayahomar2417
5 tahun
Sekiranya lankau ubat folik asid
Hi doktor, saya ingin bertanya mengenai kehamilan saya.
Sebelum hamil saya disahkan anemia, disebabkan itu, saya mula makan ubat folic asid, namun apabila saya perasan haid saya tidak keluar mengikut tarikh tertentu, saya berhenti makan folic asid diantara minggu kehamilan 4 ke 5 minggu kerana saya takut ubat itu tidak sesuai bagi perempuan hamil dan saya beranggapan bahawa ubat folic asid untuk wanita hamil dan tidak hamil berbeza…
Kemudian saya pergi ke klinik kerajaan dan doktor sahkan kehamilan saya berusia 6 minggu 1 hari.
Saya sudah mula mkn folic asid selepas mendapat pandangan dari doktor…
Soalan saya , adakah baby bakal lahir akan mengalami sebarang masalah sekiranya saya skip makan asid folik ketika minggu ke 4 hingga ke lima…
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda follic acid adalah sejenis zat/nutrien yang diperlukan bagi bayi dalam kandungan membesar dengan normal dan mampu mengelakkan kecacatan seperti ‘spina bifida’.
Anda perlu terus mengambil asid folik seperti yang diarahkan doktor anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.