
Sulit
3 tahun
Sekitar pipi/ rahang terasa lenguh
Saya wanita berumur 25tahun. Berat badan saya 43kg. Di dibahagian rahang saya / sekitar pipi berasa lenguh. Kebiasaannya akan berlanjut hingga 2-3 hari atau berselang seli. Ini merupakan kali ke 3 saya menghadapi masalah ini. Adakah kerana saya kerap mengunyah / mempunyai masalah saraf? Apakah yg saya perlu buat untuk mengatasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah rahang dan sekitar pipi berasa lenguh. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- masalah ketegangan otot
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, antaranya:
- jangkitan daripada gigi merebak ke bahagian lain
- masalah saraf
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih