
nikazirazakirudin
5 tahun
Sekitar vagina gatal
Saya wanita sekitar 20an, baru berkahwin. Sejak hampir sebulan ni kawasan vagina sy mengalami gatal2. Tahap gatal itu apabila saya garu ianya membuatkan sy kerap utk menggaru lagi dan hanya akan berhenti apabila kulit sekitar vagina itu terasa pedih. Disebabkan gatal itu juga, vagina sy timbul ruam2 bulat seakan digigit nyamuk. Tiada nanah atau darah yg keluar cumanya gatal itu sgt merimaskan dan menyukarkan sy menjalani kehidupan seharian. Bolehkan doctor memberi cadangan jenis ubat yg boleh sy beli terus dari farmasi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gatal faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Membasuh bahagian sulit dari depan ke belakang
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.