
Sulit
3 tahun
Seks boleh hilangkan keputihan?
Hello Doktor,saya mempunyai keputihan ketika hamil. Saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan suami ketika awal kehamilan.Kini kandungan sudah 6 bulan dan kami sudah berani melakukannya. Saya dapati keputihan saya sudah hilang. Adakah seks boleh hilangkan keputihan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami keputihan yang hilang dan ingin mengetahui jika seks boleh menghilangkan keputihan.
Untuk pengetahuan anda, keputihan adalah perkara yang normal sewaktu kehamilan. Keputihan akan meningkat sepanjang tempoh kehamilan.
Tetapi hubungan seks tidak akan memberikan kesan kepada penghasilan keputihan. Keputihan sewaktu kehamilan berlaku disebabkan peningkatan pengaliran darah dan juga hormon estrogen.
Perubahan hormon sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keputihan berhenti seketika seperti rendah hormon progesteron.
Namun, tidak mustahil untuk perkara ini berlaku disebabkan perkara yang lebih serius. Jika masalah ini berlanjutan anda perlu rujuk doktor dengan segera.
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor