
Sulit
3 tahun
Seks selepas vaksinasi dan pengambilan supplemen
saya baru menerima suntikan vaksin pada 4 hari yang lalu. persoalan saya , adakah bole melakukan sebarang aktiviti seks dan pengambilan supplemen kesihatan seperti minyak ikan dan vit c selepas divaksinasi
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda untuk mengetahui tentang bolehkah melakukan seks dan mengambil supplemen selepas vaksin.
Untuk pengetahuan anda, tiada halangan untuk membuat kedua-duanya kerana tidak ada kajian menyatakan kesan buruk jika melakukan seks dan mengambil supplemen selepas vaksin. Namun sekiranya terdapat kesan sampingan daripada vaksin, disarankan untuk menangguh dahulu daripada melakukan seks dan ambil supplemen.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini