
Anonymous
5 tahun
Seksual and diebetes
Saya lelaki berusia 26 tahun, saya ada diebetes sejak usia 23 tahun tapi saya tak pernah berubat dan tak berpantang,
Apa yg saya perasan perubahan yg saya sedang hadapi sekarang soal seksual saya, sy sudah dh lama tak ada morning wood, dan saya prhatikan penis saya tegang cuma skjap bila teransang, kdg2 saya mmpu melakukan hubungan seks dgn psangan sya tapi perlu kerja keras untuk maintain hard penis,
Kadang2 tak keras langsung ketika dirangsang dan kalau keras pun mudah lembik, adakah tu pyebab dari diebetes yg xdirawat? Apa perlu sy lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Erection atau tegang terjadi apabila rangsangan seksual menyebabkan saraf penis menghantar isyarat kepada otot untuk relaks dan saluran darah untuk mengembang diisi darah. Darah kemudian terperangkap dibawah tekanan tinggi menyebabkan satu situasi yang dikenali sebagai tegang.
Diabetes pula adalah kondisi yang mana kandungan gula dalam darah adalah sangat tinggi. Faktor risiko kejadian diabetes boleh jadi genetik, usia, gaya hidup dan lain-lain. Kandungan gula darah tinggi yang tidak terkawal dapat menyebabkan kerosakan pada sel-sel saraf dan saluran darah.
Untuk makluman pihak tuan, diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan banyak komplikasi dari yang sederhana sehingga yang membahayakan nyawa. Nasihat saya adalah kepada tuan untuk mendapatkan nasihat doktor dan berbincang cara untuk mengawal kadar gula dalam darah. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah diabetes terkawal.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.