
Anonymous
4 tahun
Sel darah putih tinggi dan kepala panas dari biasa
Anak saya yang berumur satu tahun mengalami demam berbalik balik. 30 April 2019 telah demam 2-3 hari. Kemudian 11 April 2019 demam semula selama satu hari sahaja. Tapi saya perasan sesuatu yang lain pada anak saya. Antara sela waktu demam pertama dan kedua itu, kepala anak saya sentiasa panas, tapi bukan demam. Saya periksa suhu hanya 36.xx darjah selsius sahaja. Tapi kepala anak saya panas dari kebiasaan. 12 April 2019 anak saya telah ambik ujian darah dan keputusan nya doktor mengatakan sel darah putih agak tinggi. Doktor mengatakan ia bukan perkara serious kerana bila demam memang sel darah putih akan meningkat untuk melawan infeksi. Cuma yang menjadi tanda tanya dan keraguan saya, adakah kepala anak saya yang panas dari kebiasaan itu ada kaitan dengan sel darah putih yang tinggi? Sehingga sekarang kepala anak saya masih panas dari biasa. Terima kasih didahulukan atas jawapan tuan/puan doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman puan, kepala atau dahi yang panas pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh cuaca persekitaran atau kekurangan air dalam badan. Anak puan yang baru sembuh dari demam mungkin kurang menyusu dan ini boleh menyebabkan perkara tersebut. Sel darah putih tinggi adalah perkara biasa berlaku apabila tubuh terkena jangkitan atau radang. Pastikan anak anda mendapat air yang cukup dan tidak terdedah dengan cuaca terik. Rujuk kepada doktor jika suhu anak anda meningkat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih