
Sulit
3 tahun
Sel darah putih tinggi dlm darah
Hi doktor. Sy seorang perempuan berusia 34thn yg kini sedang hamil anak kedua. Doc telah mengambil sampel darah sy utk diuji semasa sy dtg klinik utk check up. Dlm keputusan darah yg sy terima tertera itu bacaan sel darah putih sy sedikit tinggi iaitu 11.4 manakala bacaan monocytes juga sedikit tinggi iaitu 0.9…soalan sy, adakah itu merupakan petunjuk bahawa sy mengalami masalah kesihatan yg serius? Adakah ianya berbahaya kpd kesihatan sy Dan apa yg perlu sy lakukan selepas ini? Tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pemahaman kami, anda kini sedang mengandung dan bimbang akan keputusan ujian darah yang menunjukkan kadar sel darah putih serta tahap monocytes sedikit tinggi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar normal sel darah putih dalam lingkungan 4-11 (x10^3/microL), manakala monocyte 0.2-0.8. Namun, kadar kenaikan adalah normal semasa waktu mengandung. Memandangkan anda tidak mempunyai simptom, kenaikan sel darah putih ini bukanlah daripada jangkitan atau infeksi.
Terdapat banyak inisiatif yang boleh anda ambil untuk memastikan kesihatan anda serta kandungan. Antaranya:
- Mengambil dan patuh akan rawatan yang diberikan doktor
- Mengamalkan diet yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur serta buah-buahan
- Mengelakkan makanan mentah, aktiviti merbahaya serta mengurangkan pengambilan kafein
- Patuh temu janji doktor
- Bersenam pada kadar yang sepatutnya
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar ibu dan anak kami mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak.