marnienorsaleh58
3 tahun
Sel darah putih tinggi
Bapa sy menghidap sel darah putih tinggi umur bapa sy 56tahun
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sel darah putih memainkan peranan penting dalam sistem imun kita di mana sel-sel ini mempertahankan tubuh badan kita daripada jangkitan kuman. Apabila sistem ini berfungsi, keradangan berlaku. Bilangan sel darah putih meningkat dalam beberapa jenis penyakit seperti berikut:
- Jangkitan virus atau bakteria. Antaranya ialah URTI, jangkitan saluran kencing dan penyakit tibi.
- Alahan terhadap sesetengah ubat
- Kanser seperti leukemia dan limfoma.
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























