Sulit
2 tahun
Selalu berdebar dan tubuh berasa lesu di sebelah petang
Salam dr,isteri saya berumur 47 tahun sejak kebelakangan ini isteri saya selalu mengadu tubuh selalu letih lesu,badan mcm nak demam tapi test suhu tak demam pun,selalu rasa berdebar-debar badan rasa mcm tak bermaya.
Pernah pergi keklinik dr sana ckp anxienty bg ubat anxienty lagi teruk drp itu kesan drp ubat tersebut…ianya tidak membantu langsung,sudah puas saya berubat ,tak tahu punca penyakit sebenar yg di alami oleh isteri saya.
Di harap dr boleh membantu sedikit sebanyak mengenai perkara ini.harap maklum
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan isteri anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, isteri anda menghadapi masalah keletihan, berdebar-debar dan tidak bermaya. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, gejala di atas boleh disebabkan oleh beberapa ganguan seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- dll.
Isteri anda mungkin mengalami anxiety disorder. Anxiety disorder, iaitu perasaan cemas yang kronik yang ditandai dengan rasa risau dan tegang yang berlebihan. Jenis gangguan rasa cemas ini berlangsung secara terus-menerus dan biasanya tidak terkawal. Orang dengan anxiety disorder akan sangat gelisah walaupun tidak berada dalam situasi yang menegangkan sekalipun, ataupun dalam keadaan yang baik dan tenang. Rasa risau dan tegang yang berlebihan kadang juga disertai dengan gejala fizik, seperti gelisah, susah menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, dan bahkan susah untuk tidur (insomnia)
Antara gejala-gejala dari anxiety disorder adalah:
- Mudah merasa letih.
- Gelisah terus-menerus.
- Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu
- Mudah marah dan tersinggung.
- Susah untuk mengendalikan perasaan risau
- Mengalami gangguan tidur, seperti susah untuk tidur atau selalu merasa kurang tidur.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan inisiatif untuk menangani masalah ini, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Sekiranya diperlukan dan anda bimbang ianya adalah penyakit psikiatri, terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: [email protected]
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: [email protected]
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.