
Anonymous
5 tahun
Selalu demam dan sakit
Saya remaja dalam 16 tahun ,saya selalu demam pada setiap hari ,demam saya selalu rase pitam nk muntah lpstu tkde selera nak makan , kt bdn pulak selalu rase lemah je, selalu sngt kt bdn ni rase tulang tu lenguh gilu je tk tahu sebb apa lpstu kdg² gigi selalu berdarah secara tibe² dan saya paling kerap demam yg berterusan tk thu la demam ni dia mcm tk hilang langsung .apa sebabnya ye .terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami pelbagai gejala yang mungkin saling berkaitan atau tidak. Gejala yang merisaukan anda adalah terlalu kerap demam. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca demam yang berpanjangan, namun bagi mengetahui puncanya maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian haruslah dilakukan bagi membuat kesimpulan yang tepat tentang masalah yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.