
Sulit
5 tahun
Selalu demam panas dan merah di betis kanan
Saya apabila sakit dia celah paha akan demam panas sampai 39c dan merah di kaki betis kanan … penyakit ini akan berulangan 3-4 bulan sekali. kini sudah 2tahun

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Jangkitan kulit (“cellulitis”)
- Penyakit darah beku dalaman (“Deep vein thrombosis”)
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.