
Sulit
4 tahun
Selalu demam, sakit kepala, sakit belakang
Saya wanita, 25 tahun, belum berkahwin. Saya kerap demam dan sakit kepala. Saya juga kerap cirit birit. Saya selalu beremosi dan tertekan, mudah menangis. Bila saya resah, kaki saya akan bergetar laju dan tidak dapat memandu dan sebagainya. Saya selalu sakit baran dan tk bermaya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Keracunan makanan
- Jangkitan tulang belakang
- Masalah psikologi
- Stress
- Kemurungan (anxiety)
- Keresahan (depression)
- Masalah neurologi: Meningitis atau encephalitis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.