
Sulit
4 tahun
Selalu kena attack sesak nafas
Assalamualaikum doktor… saya seorang ibu yg ada 5 anak(umur 6tahun,4tahun,3tahun,1tahun dan 3bulan)… Selapas anak saya yg ke-3 meninggal pada 07-08-20 dan kandungan ku masa tu 7bulan sda doktor… saya org yg jenis x berani meluahkan apa yg aq rasa dan selalu tahan kasakitan yg aq alami doktor😭… Selapas anak saya meninggal saya selalu berfikir tentang dia doktor… dan selepas sya bersalin masa dalam pantang selalu kena sakit entah kenapa doktor… ada lagi masa tu kena masuk wad d sebabkan kurang darah dan d bagi blood transfusion… selepas tu doktor setiap hati d serang sesak nafas dan degupan jantung pantas dan beberapa minit dia akan hilang sendiri nya… Baru² ni sja pgi clinik dan dorg check jantung saya 116 dan bp 130/100 saya tiada penyakit darah tinggi doktor tapi selama anak saya meninggal macam² yg sakit dtg doktor😢 ada waktu klau aq d serang sesak nafas doktor otak ku berfikir tentang mati😭 penyakit apa ka ini doktor? Ada ka ini bahaya? Doktor boleh jelaskan dan bagi advice untuk treatment penyakit ini… Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk sementara waktu, saya nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang lebih memahami
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.