Sulit

2 tahun

Selalu rasa tiada semangat untuk lakukan sesuatu perkara, hilang minat terhadap perkara yang pernah diminati, mood selalu berubah dalam masa singkat

Saya wanita berumur 25 tahun, bekerja, tinggal di Bangi. Sekitar 2 tahun lepas, saya pernah terlintas untuk bunuh diri dan ada cubaan bunuh diri (tanpa saya sedar). Hilang fokus, hilang minat, rasa diri tidak berguna, sering menyendiri, selalu elakkan diri dari libatkan diri dengan aktiviti sosial, lebih banyak tidur, selera makan naik mendadak, berat badan naik mendadak dan sering terlihat seperti ‘orang yang malas’ atau ‘terlalu relax’ oleh kawan-kawan, walau hakikatnya setiap hari saya rasa susah untuk teruskan hidup. Saya juga pernah kena panic attack sekitar akhir tahun 2019.

Sejak akhir-akhir ini saya sering kali berasa perkara yang hampir sama dengan apa yang saya pernah rasa sebelum ini. Saya berasa tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara, mood saya sering berubah dalam sekelip mata, hilang minat terhadap sesuatu perkara dan ingin menyendiri. Saya sering kali ingin tidur sepanjang masa, ubah fikiran dalam masa singkat, masih juga rasa diri tak berharga, dan hilang keyakinan diri. Saya juga mudah lupa dengan apa yang saya cakap atau lupa apa yang saya buat walaupun hanya dalam masa yang singkat.

Saya telah membuat DASS Test secara online kerana saya agak risau dengan status kesihatan mental saya dan kakak saya juga ada sarankan saya untuk bertemu pakar jika berterusan dan semakin teruk. Keputusan DASS Test saya adalah:-
Depression = 24
Anxiety = 22
Stress = 18

Jadi, saya ingin tahu sama ada saya perlu bertemu pakar ke dengan keputusan DASS Test saya ni dan bagaimana proses yang perlu saya buat sekiranya saya perlu bertemu pakar?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara seperti kemurungan, stress, anxiety, kecelaruan personaliti dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.

Banyak klinik dan hospital kerajaan atau swasta seluruh Malaysia mempunyai Jabatan Psikiatri tersedia, anda boleh jumpa sesiapa doktor kedekatan atau anda minat. Pakar akan menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab masalah anda dan membantu anda mengatasinya.

Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.

Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.

Kami berharap jawapan kami membantu anda.

Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.
doctor-563428_640%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)