
Sulit
4 tahun
Selalu sakit kepala di bahagian kiri
Saya wanita berumur 16 tahun dan masih bersekolah dan saya selalu sakit kepala di bahagian kiri kepala dan kadang-kadang terlalu sakit untuk saya menahan sakit kepala ini,saya ingin bertanya apakah punca saya selalu sakit kepala di bahagian kiri?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Masalah migrain, kluster, mahupun tension (klik disini untuk info lanjut)
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
Atau berpunca dari penyakit seperti:
- Masalah tiroid.
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda mengalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.