m.sharul.amin123
4 tahun
Selalu sakit kepala. Rasa berdenyut
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor, saya sharul berumur 20 tahun, seorang pelajar, dan saya mengalami masalah selalu sakit kepala. Berkenaan diri saya, setiap hari saya tidur sekurang-kurangnya 5 jam dan makan makanan berat sekali sahaja pada waktu malam. Kepala saya kerap terasa seperti berdenyut-denyut doktor. Rasa denyutan di kepala saya menjadi semakin teruk apabila saya bergerak. Setiap kali kepala saya sakit, saya akan makan ubat panadol actifast satu biji dengan air kosong selepas makan. Jika tidak makan panadol, rasa sakit kepala ini tidak akan hilang. Ianya hanya akan hilang jika saya tidur. Dalam sebulan, saya dah habiskan 1 papan panadol tersebut. Sudah lebih kurang 6 bulan saya perasan yang saya mengambil panadol tersebut dalam kuantiti yang tidak normal. Perkara ini membuatkan saya risau atas kesihatan diri saya doktor. Adakah perkara ini normal doktor? Apa masalah kesihatan yang mungkin saya hadapi? Saya sangat berharap doktor dapat bantu saya. Segala pertolongan doktor amatlah saya hargai. Terima kasih doktor. Kepala saya sedang sakit ketika saya menulis mesej ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab samada perkara yang serius ataupun tidak, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .


































