
siskandar35
5 tahun
Selalu Sakit kepala
Assalamualaikum… Sy wanita berumur 20an. Sy selalu mengalami sakit kepala. Sakit di atas kening hingga ke blkng. Tengkuk berasa tegang. Pening dan mual. Kekadang dahi terasa panas bila sakit. Belakang telinga pun sakit apabila sakit kepala.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, terdapat pelbagai punca masalah sakit kepala berterusan ini.
Migrain
Stres
Jangkitan kuman dalam kepala - seperti virus atau tibi
Pendarahan dalam kepala - disebabkan masalah pembekuan darah, darah beku, atau tekanan darah
Kenaikan tekanan dalam kepala - disebabkan cecair otak tidak dapat keluar
Ketumbuhan - seperti kanser
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.