
Sulit
3 tahun
Selalu sakit perut dan susah membuang air besar
saya wanita dan masih remaja , saya kadang kadang selalu rasa sakit perut . sakit dia biasa je kadang kdang dia rasa menyucuk dan sekarang kalau saya nak busbg air besar saya perlu minum detox tea clenx baru dapat membuang doc adakah saya adakah saya ada buasir atau something doc .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit perut anda boleh disebabkan:
- Sindrom Iritasi Usus
- Sembelit
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Masalah ovulasi/fibroid
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor