
Sulit
4 tahun
Selalu senak mata dan kebas mata setiap kali bangun tidur
Hi doctor, sy berumur 19 tahun dan saya sering mengalami senak mata. Saya sudah 4 bulan merasakan sakit ini dan kdng2 sakit nya itu amat lah seksa sehingga saya rasa nak menjerit. Mata saya tidak merah atau jarang berair tapi sy selalunya senak di sekeliling mata. Saya juga pernah rasa sakit mata semasa saya tidur dan sakit tu amatlah menyeksa saya. Dulu saya sering bermain fon dlm tempoh masa yg lama tp skrg sy sudah kurangkannya namun tetap juga senak mata yg amat. Sehingga lah sy bangun tidur sy merasakan sekaliling mata saya kedua2 belah berasa kebas dan sakit ini juga membuatkan gigi saya di bahagian atas terasa ngilu. Boleh doctor bagitahu apakah kemungkinan penyakit yg sy hadapi skrg ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu senak mata. Senak mata mungkin berpunca daripada masalah mata seperti:
- Kegagalan akomodasi dan konvergens: Akomodasi adalah proses penyesuaian kuasa kanta kristalin. Misalnya, apabila objek jauh dibawa hampir ke mata, imej jadi tidak terfokus dan kabur. Proses konvergens berlaku ketika kedua-dua mata bergerak untuk menumpu. Mata bertumpu untuk mengekalkan imej yang jelas.
- Rabun
- Penggunaan komputer berlebihan
- Penyakit saraf optik seperti Glaukoma dan Papiloedema
Terdapat beberapa cara untuk melegakan senak mata, antaranya ialah:
- rehat setiap 20 minit sekiranya anda sedang menggunakan komputer atau telefon pintar
- pandang pemandangan hijau yang jauh
- regangkan otot badan, jika anda duduk terlalu lama
Untuk mengetahui punca masalah sebenar atau penyakit yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapat kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih