
Sulit
3 tahun
Selalu senak ulu hati
saya lelaki dalam 20an saya kerap senak ulu hati,tekak berasid,perut berbunyi,angin banyak dalam badan,dan saye mcm kurang puas untuk bernafas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah anda yang sering senak ulu hati serta gejala-gejala lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala senak ulu hati juga dipanggil pedih ulu hati. Masalah ini boleh disebabkan oleh asid refluks atau gerd dan biasanya mereka yang mengalami masalah ini kerap kembung perut, rasa seperti asid naik ke tekak dan rasa sesak pada dada.
Untuk mendapatkan pengesahan lanjut dan merawat masalah ini, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh bercakap dengan kami secara atas talian untuk konsultasi lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.