
Anonymous
6 tahun
Selalu tidak selesa di bahagian kemaluan
Saya selalu terasa tidak selesa di bahagian kemaluan jika terkena seluar dalam…tapi tgk kemaluan tiada apax pd kemaluan contohnyer luka kecil ke apax…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vaginosis bakteria.
- Penyakit kelamin (STD).
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina).
- Menopaus.
- Perengsa kimia. Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, busa kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
- Sklerosis lichen. Ini adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan patch putih tipis membentuk pada kulit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!