
Sulit
5 tahun
Selamat malam.. Boleh tak saya nak tahu detail jangka hayat virus covid19 di persekitaran
Mohon pencerahan dari doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bahan yang diperbuat daripada besi, kaca, seramik dan kertas membolehkan virus hidup selama 5 hari. Dalam pada itu, virus COVID-19 boleh hidup di atas permukaan yang diperbuat daripada kayu sehingga 4 hari. Virus ini juga boleh bertahan pada permukaan plastik dan keluli tahan karat selama 2-3 hari.
Virus yang menjejaskan saluran pernafasan ini juga boleh bertahan sehingga 24 jam pada objek yang diperbuat daripada papan kad.
Bagi bahan yang diperbuat daripada aluminium, jangka hayat virus berkemungkinan sehingga 2-8 jam dan bagi objek tembaga, ia dijangka boleh hidup sehingga tempoh 4 jam.
Bagi info lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini