Sulit
3 tahun
Selamat petang,doc. Saya nak tanya
Hi doc,saya nak tanya.saya ade masalah polip hidung.kadang sebelah kiri kadang sebelah kanan dy mengembang sampai menutup lubang hidung saya.adakah ada jangkitan kuman?boleh saya tahu jangkitan tu berada di kedudukan mana?kadang tu susah nak bernafas.nak tidur pun kekadang terjaga.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Nasal polyp
- Jangkitan sinus kronik
- Nasal tumour
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.