Sulit
4 tahun
Selamat petang doktor , Saya ingin bertanya tentang kandungan Saya 6minggu 4hari … Saya mengalami keluar darah sikit2 tapi tidak terlalu banyak … Kadang2 Ada keluar kadang2 tidak Ada keluar
Selamat petang doktor , Saya mahu bertanya tentang kandungan Saya 6minggu 4hari ,Saya Ada mengalami keluar darah sikit2 tapi tidak terlalu banyak …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Hal ini merupakan sesuatu yang normal pada awal kehamilan.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami sakit pinggang, sakit rahim, demam, pendarahan yang berketul-ketul, sila dapatkan rawatan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.