shahdanial.work
4 tahun
Selepas 14 hari disahkan postive Covid-19. Adakah ada risiko mendekati atau menjaga pesakit Covid-19 lain yang baru positive
Dirumah saya ada 8 orang positive Covid-19. Namun kami telah melepasi tempoh 14 hari. Semua pesakit tiada gejala. Kecuali dua orang sahaja, kini beransur sembuh. – Kini sudah tempoh 16 hari.
Ayah saya yang pergi outstation tidak terinfeksi sebelum ini. Namun hari ini, setelah melakukan swab test. Dia didapati positive Covid-19.
Sehubungan itu beliau enggan pulang ke rumah. Kerana khuatir dia akan menjangkiti semua orang di rumah yang mana semua orang di rumah tersebut positive Covid-19 hari ke 16.
Adakah sebarang kemungkinan risiko atau bahaya jika beliau kuarantin di rumah yang mana ada 8 orang pesakit Covid-16 hari 16 tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan mengenai status keluarga anda yang telah positif COVID-19 dan ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Anda digalakkan untuk mengemaskini “Status COVID-19” di dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status kontak dan juga risiko. Selain itu sila pantau kesihatan diri anda sekiranya anda mengalami sebarang gejala,
Memandangkan keluarga terdedah kepada jangkitan COVID-19, kami nasihatkan anda untuk menyekat pergerakan ataupun aktiviti anda diluar bagi tujuan langkah keselamatan dan berjaga-jaga.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
-Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
-Keletihan
-Batuk
-Lenguh dan sakit sendi
-Sakit tekak
-Sakit kepala
-Kesukaran bernafas
-Hilang deria bau dan rasa
Namun begitu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera jika salah satu keluarga anda dijangkiti dan keadaan menjadi teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































