
samsudinaishah2
5 tahun
Selepas baru abis period berapa hari nak tunggu bersama
Hai saya nak bertanya berapa lama kalau nak bersama dengan suami bila period baru abis… ada sesetengah pihak cakap kena tunggu 2 atau 3 hari baru boleh besama ada cakap lepas abis period dah boleh bersama… boleh tolong jelaskan tak soalan saya terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tiada sebarang masalah untuk bersama selepas habis haid asalkan anda yakin bahawa tiada lagi darah haid yang keluar. Kemungkinan sesetengah orang menyarankan menunggu 2-3 hari bagi memastikan darah haid benar-benar telah habis. Hal ini kerana hubungan seksual ketika haid boleh menyebabkan risiko jangkitan penyakit kelamin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.