
Sulit
5 tahun
Selepas buat pap smear ada darah
Saya nak tanya tenghhari tadi saya buat pap smear… Tapi sampai malam ni ada sedikit darah keluar… Tapi darah tu bukanlah sampai perlu pakai pad dan mengalir… Hanya darah sedikit jer… Normalkah macam tu selepas buat pap smear ada darah…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini adalah normal selepas pengambilan pap smear ini. Ianya merupakan kesan sampingan prosedur ini, kesan seperti sakt perut juga mungkin akan berlaku. Jika prosedure ini dilaksanakan dengan teknik yang tepat oleh doktor yang layak, biasanya kesan ini tidak akan mendatangkan masalah.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.