
Sulit
4 tahun
Selepas inject antibiotik terasa lapar sakit pingang dalam dua hari ni
Sya lelaki dalm 22 megalami bintik2 di hujung zakar dan sya mengabil ubat antibioatik setelah itu rase merasa lapar dan harini rase sakit pingang dan itu yg mengalami skrg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi sekarang ini iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, secara umum, sakit pinggang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan sekiranya masalah ini berlarutan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!