
manjamarzuki
5 tahun
Selepas keguguran masih keluar darah
Saya mengalami keguguran yang kedua. Yang pertama tiada masalah kerana kandungan saya baru 2minggu. Keguguran kali kedua ni kembar 3bulan 2minggu. Lepas keguguran saya pantang macam biasa dan haid juga dtg 7hari seminggu pada minggu lepas. Tapi masih keluar darah sporty2 dan kadang keluar kadang tidak. adakah itu normal ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti keguguran lengkap, keguguran tidak lengkap dan keguguran septik. Keguguran tidak lengkap yang bermakna saki baki janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh menyebabkan simptom yang sedang puan alami seperti keluar ‘spotting’, keputihan mahupun cecair coklat.
Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.