Sulit
2 tahun
Selepas mendapatkan rawatan dry socket, adakah gel yang dimasukkan didalam gusi perlu dibersihkan?
Saya mengalami dry socket selepas cabutan. Saya sudah mendapatkan rawatan dan Doctor Meletakkan gel & (saya tak tahu apa dia tapi rupa dia macam sabut kelapa halus berbau cengkih) di kawasan gusi yang berlubang. Harini merupakan hari yang ke4 seelpas rawatan dan gel tersebut masih berada di dalam lubang gusi. Soalan saya, adakah gel tersebut perlu dibiarkan atau perlu dibersihkan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegusaran anda berkenaan rawatan pada gusi yang berlubang selepas cabutan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, antara kaedah rawatan dry socket termasuk rawatan dressing. Ia merupakan rawatan yang meletakkan kapas bersama gel ke kawasan yang bergejala. Difahamkan bahawa rawatan dressing akan kekal di dry socket sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hari. Pertemuan selanjutnya ke doktor gigi juga boleh dilakukan bagi mengeluarkan kapas dressing.
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk segera ke doktor gigi sekiranya terdapat gejala seperti
- sakit gigi
- gusi bengkak atau berdarah
- demam
Anda juga digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor gigi