
Sulit
4 tahun
Selepas ovulasi 3 hari subur tak
Sy wanita 30 an… Cyvle period sy adalah 25 hari… Tarikh ovulasi sy adalah pd 22/3 pada 25 hb sy ada bersama suami… Sy period pada 11/3 smp 16/3 selepas period sy mmg tidak bersama suami krn pjj… Adakah kebarangkalian utk sy mengandung bersama selepas 3 hari ovulasi… Period sepatot next 5/4…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Tanpa penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.