
Sulit
4 tahun
Selepas rawatan sifilis
jika telah menjalani rawatan sifilis sepenuhnya dan pulih …perlukan sy mengambil ubat prep?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ubat PrEP atau dikenali sebagai Pre-exposure prohphylaxis merupakan sejenis ubat yang membantu dari segi pencegahan jangkitan khususnya HIV sahaja. Ubat tersebut perlu diambil pada setiap hari dan ia sesuai diamalkan oleh golongan yang mudah terdedah dengan jangkitan HIV.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Setakat ini, PrEP ini adalah masih khusus untuk pencegahan HIV, dan masih tidak mempunyai kesan terhadap pencegahan Syfilis. Walaubagaimanapun, kajian mengenai PrEP yang khusus untuk pencegahan Syfilis adalah dijalankan sehingga harini, dan ia melibatkan penggunaan ubat antibiotik Doxycycline.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk tidak perlu mengambil PrEP ini atau apa-apa jenis pencegahan bagi masalah syfilis anda yang telah sembuh dirawat. Kami cadangkan anda untuk mengamalkan hubungan seksual yang selamat dan terkawal menggunakan kondom dan menjaga kebersihan secara umumnya.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.